DBS

August 6th, 2007 by mexme

Assalamualaikum wbr

Fening seyh. Sebenarnya nak update dekat blog lagi satu, tapi slow gila. Nak pengsan aku tunggu page tu loading untuk buka. So aku decide untuk tulis dalam ni je.

So far, kuiz dah start and test akan datang betubi-tubi starting this Friday. Huhu.. tak tahulah what to expect. Kuiz pun struggle apatah lagi nak lalui test akan datang ni. Gementar sungguh. Tapi, laluilah macam biasa. Insyaallah, ada masa kita studi ajalahkan. Kita belajar bukan untuk mensia-siakan masa kita, tetapi untuk membantu kita di masa akan datang, dan membantu orang lain juga.

Apa-apapun, masa yang aku ada pun tak cukup panjang untuk tulis berjela-jela. Kalau boleh nak duduk dalam cc ni lama lagi, bolehlah rilekskan otak (tapi sebenarnya kepala pening dah). Aku ni tak adalah bertenaga sangat buat masa ni. Adalah beberapa kawan kata muka pucat. Em.. maybe sebab ada masalah dalaman kot. Lagi satu mungkin sebab kepala aku macam senang je diserang sakit-sakit.

Banyak benda tak settle lagi sebenarnya. Bila benda-benda ni tak settle lagi, aku tak senang duduk. Rasa macam tak boleh fokus on other thing. Tapi kadang-kadang aku ketepikan juga untuk benda-benda yang mungkin lebih penting. Hm.. entahlah. Aku cuba berlaku adil pada semua orang.

Hehe. Oh ya, tadi aku punyalah mengomel sorang-sorang, cakap ‘hari-hari pergi cc memang kopaklah aku’. Si Fiza menyampuk, ‘ala kata tokei kerepek, tokei top up, takkanlah cc pun jadi masalah?’. Amboi, senangnya dia bercerita. Top up aku tolong Kak Ain je. Untung aku ambil 30sen. Kerepek aku tak ambil untung, 1 ringgit jual, 1 ringgit juga masuk tabung kelab. Em.. sekarang ni baru nak start printing enteprise. Haha! Nama company kitorang, P-Green. Aku share dengan Sha dan Qiela. Seronok rasanya dapat berniaga.

Memanglah bila kita berniaga, kita kalau boleh nak profit tu berganda-ganda lebih dari modal. Tapi, keseronokan berniaga dan experience tu sebenarnya lagi bernilai dari keuntungan tu. Sekarang ni masa untuk belajar, dah keluar UiTM nanti barulah kita aplikasikan dalam kedudukan atau status yang lebih tinggi atau perniagaan yang lebih besar dan mantap. Sekarang ni, belajar daripada yang kecil.

Sebenarnya, bila aku fikir-fikir balik, sepatutnya aku memang takda masa nak berniaga. Sebab tu junior aku semua tanya kenapa tak promote ada jualan kerepek. Jujurnya, aku tak ada masa nak buat semua tu. Top up aku taknaklah promote sebab sebenarnya aku pun malas nak mesej akak tu mintak top up. Haha! Duit orang bagi, akak tu yang dapat. Bukan aku. Kalau kurang, aku kena tambah. Lecehkan? Macam kerepek tu tak kisah sangat. Modal duit parents aku.

Oklah, aku rasa sampai sini sajalah. Aku seronok nak bercerita lebih. Tapi kepala aku memang berdenyut dan aku rasa mcm nak balik tidurla. Hehe! Okies. Selamat beristirehat.

Wassalam

Kausar Jiwa (?)

March 16th, 2007 by mexme

Terima kasih dekat my friend, dia yang bagi. Tak tahu nak simpan mana, jadi aku letak sini jelah ek. Segannya. :">

kausar jiwa..
seorang gadis yang lembut bicara..
lambang keayuan sang dara..
wanita solehah itulah dia..

kausar jiwa..
jangan kau tertipu dengan dunia..
penuh dengan khayalan semata..
akhirat sahaja yang kekal jua..
berjaya disana abadan abada..

Mekaseh!

Sahabat Lama II (untuk STA batch 87)

November 5th, 2006 by mexme

Assalamualaikum wbr buat pembaca.

Entri ni adalah khusus untuk rakan-rakan bekas STA batch aku sendiri, 87. Sebab aku banyak lost contact dengan semua since aku datang UK, dan kebetulan friendster menemukan kita tanpa di sangka-sangka. Eloklah jika sentiasa menjengah ke sini sentiasa untuk tahu perkembangan masing-masing. Kalau ada apa-apa meeting/perjumpaan tak kira budak kelas mana, dan sebagainya, sekurang-kurangnya satu alternatif paling baik untuk berutus khabar adalah melalui friendster juga =).

Di sini, aku cuma ingin berkongsi link-link sahabat kita (ex-STA) yang ada di friendster ni. Mungkin ada yang dah ada link tersebut, ada yang tak ada. Jadi, kalau tak ada add lah diorang yer. Kalau ada yang aku tertinggal, atau tak ada, bolehlah beritahu supaya aku tidak hilang bayang-bayang mereka. List adalah mengikut urutan Muj, Mum dan Mus.

Raihana
Mye
Pipah
Teah
Dayah
Mastura
Roha
Fahimah
Hajah
Jiha
Rahmah
Liyana

Miza
Ika
Sak
Sue
Ayue
Azie
Aizam
Zai
Ela

Aleena
Syafiqah
Atiqa
Ain
Lin

Jika dulu kita berbeza kelas, berbeza dorm, tapi hari ini kita berbeza negeri, berbeza tempat belajar, dan lebih banyak perbezaan lagi yang bakal berlaku antara kita. Tidaklah bermakna jurang tersebut harus menjadi tembok kepada persahabatan yang pernah ada dulu walaupun untuk beberapa tahun cuma. Tidak perlu tunjuk kegahan masing-masing yang paling hebat atau paling berjaya di kalangan yang lain. Itu sepatutnya tidak berlaku kerana kita cuma manusia, yang sama rata. Tetapi, Tuhan anugerahkan kelebihan pada setiap individu melalui jalan yang beda. Hari ini kita sombong, esok nanti jangan menangis jika ada orang menyombong pada kita.

Semoga kita berjaya mengejar apa yang di impikan, tanpa mengetepikan tujuan kita di hidupkan di atas muka bumi ini. =) Ukhuwah Fillah abadan abada.

Sahabat Lama

October 31st, 2006 by mexme

Salam bloggers.

Hari ini, adalah hari yang cukup happening =) dan hari ini juga kita hadiahkan senyuman paling manis buat friendster dan sahabat-sahabat lain.

Malam tadi Atun onlinekan YM dia. Sibuk dia mencari ide untuk di isikan dalam website istimewanya. Tak sangka Atun dah ada website sekarang. Kengkawan STA barangkali mengenali siapa Atun. Alah, budak dorm 2 masa form 3 dulu.

 

Cerita hangat Atun beritahu pasal ‘orang rumah’. Terkejut sungguh. Takkan nak kahwin muda kot? Bukan tak boleh, tentulah boleh dan di galakkan jika sudah ada calonnya. Tapi, macam sukar nak percaya Atun dah pergi ke arah itu secepat ini. Tak apalah, jika itu yang dia mahu, aku tetap menyokong dia selagi tidak menentang arus ajaran Islam itu sendiri.

Siapa? Manalah aku nak kenal, katanya orang Sabah. Hensem tak? Haha! Nak ketuk kepala kau ni Kausar. Ada apa dengan rupa? Itulah persoalan yang buat aku tersenyum. Tak ada hujah panjang apatah lagi niat lain sekadar ingin mengusik kosong. Seronok apa usik orang. Tak ubah-ubah lagi sikap dulu. Satu lagi soalan aku, pandai agama ke? Dia kata, solat 5 waktu dan baik akhlaknya itu sudah cukup untuk dia. Eloklah macam tu, cari yang solat 5 waktu di masjid lagi baik =D -pesanan kak Ya. Nak lebih baik, biarlah yang mempunyai kefahaman Islam yang baik. Yang ada pengetahuan Islam tetapi tidak aplikasikan itu bukannya faham, cuma tahu sahaja. Jangan terkeliru itu.

Tahu = otak + Faham = Hati

Tiba-tiba kak Ain online. Lagilah, daripada nak tidur terus tak jadi tidur. Layan kak Ain pun boleh tak betul jadi kepala. Seronok memang tak ingat. Lupa pula cerita pasal apa. Rasanya dia cakap pasal kerja part time sambil belajar, macam tulah lebih kurang. Minta pula ide aku nak kerja apa, tak tahulah aku kerja part time apa yang ada dekat Malaysia tu. Tapi, yang aku selalu dengar orang yang belajar sambil-sambil ni biasanya mengajar tuisyen saja. Mudah kot. Tak tahulah orang lainkan, sekadar pandangan menggunakan pengalaman orang sahaja, manalah nak tahu.

Alang-alang kami bertiga online, aku conferencekan antara aku, Atun dan kak Ain. Rasa macam reunion pun ada. Sebab Atun pun dah lama lost contact sama kak Ain. Akupun tak adalah contact sangat. Bila kak Ain online aku chatlah. Macam tulah juga dengan si Atun ni. Cuma sekali-sekala Atun rajin hantar emel dekat aku dan aku pun rajin membalasnya.

 

Kak Ain ada bertanya pasal buku aku, sebabnya dia tak dapat lagi buku tu. Aku pun tanya kak Ya untuk memastikan bahawa buku tu telahpun di hantar pada dia dengan selamat. Memang dah hantarpun. Adalah tu misplace dekat somewhere. Macam Nat hari tu kata tak sampai lagi, semalam dapat text yang buku tu dah di jumpai di somewhere dalam kotak bla.. bla.. bla.. tak ingat apa dia tulis. Atunpun ada bertanya pasal buku tu sebab dia cakap Aja ada beritahu dia. Ingat lagi Aja? Bukan Aja Hashim, akupun tercari-cari juga budak ni, tapi ini Aja Mohd. Sebenarnya aku dah sms semua kengkawan lama yang ada dalam phonebook aku ni. Tapi yang reply cuma Rai, Aja dan Qamatul sahaja. Rupanya Atun dah tukar nombor pula. Aduhai, dah tahu tukar nombor beritahulah aku. Haha! Sabar jelah aku.

 

Cerita pasal Aja, aku belum lost contact lagi dengan dia. Last time aku bercakap dengan dia masa bulan 6 hari tu rasanya. Takpun bulan 7. Masa tu dia beritahu dia ada work experience dalam masa seminggu lagi macam tu untuk sebulan dekat sebuah butik ni. Dan masa tu juga dia tengah cuti term kot. Beberapa minggu lepas aku ada dapat miss called dari dia. Raya tahun ni aku tak contact sesiapa, maaflah ya. Insyaallah dalam masa terdekat nanti aku akan cuba telefon dia untuk bertanya khabar.

 

Qamatul pula, aku ada dapat surat daripada dia awal tahun ni. Aku tak pasti dah balas belum, macam belum lagikan? Maaflah. Sejuta kemaafan buat kawan-kawan yang hantar surat tapi aku tak balas. Atun, Aja, Qamatul dan Faizah (J). Last time aku contact dengan dia melalui sms je. Dia cakap tengah studi untuk STPM dia. Baguslah, tengah studi sungguh-sungguh tu. Masa tu dia kata dah nak exam kot. Cuma boleh doakan dia yang terbaik, insyaallah. Lepastu tak cakap apa-apa dah. Kredit akupun dah kong masa tu, habis hantar dekat kengkawan lama tapi sorangpun tak balas kecuali beberapa orang yang aku sebut tadi =).

 

Semua orang bakal hadapi final examkan tak lama lagi. Jadi, doakan yang terbaik buat semua dan semoga berjaya bukan di dunia sahaja, bahkan di akhirat masih kekal memegang title berjaya tersebut, insyaallah.

 

Akhir kalam..

Ya sahabat,
calitkan dakwat itu
dari namamu
agar sebati terjadi
membentuk ukhuwah
bersama namaku.

Ya teman,
basahkan tinta itu
jangan biar ia kering
dan membawa hilang
surat ukhuwah
nan kukuh di bina
dari tautan mata
jatuh ke hati.

Duhai kawan,
salamkan aku dengan sejahtera
agar kau di salami dengan sejahtera
dan sejahtera ke atas kita
dari Allah pertemuan tanpa duga
juga perpisahan tanpa asa.

Kay
1 Nov 2006
Loughborough, UK

Salam Aidilfitri

October 24th, 2006 by mexme

Assalamualaikum buat semua..

yang membaca
yang terbaca
yang ingin baca

dan sesiapa sahaja..

Selamat menyambut hari raya buat semua sahabat dan taulan. Hari raya, hari kemenangan buat semua umat Islam selepas berjaya menempuhi bulan ujian iaitu bulan Ramadhan selama 30 hari. Siapa yang tak puasa, barangkali belum cukup kental untuk berjihad secara fizikal, sedangkan untuk melawan nafsu juga kalah apatah lagi untuk mengharapkan sepasang tangan mengangkat pedang fi sabilillah di atas gelanggang musuh.

 

Gusar, jika Ramadhan akan datang tidak mampu kita jejak. Jadi, berdoalah agar di beri peluang merasai manisnya nikmat dan ganjaran di dalam Ramadhan itu sendiri selepas 11 bulan dari sekarang. Ajal tidak pernah menanti, tetapi doa kita sentiasa di dengari. Maka, bersedihlah di atas sikap tidak berhati-hati kita yang tidak mahu berusaha melawan nafsu itu. Jangan di salahkan iblis, sedangkan mereka di ikat dari melakukan tugas mereka selama sebulan. Kita gagal untuk melawan nafsu sendiri, dan iblis di ibaratkan berjaya menguasai nafsu kita selama sebulan walau tanpa bisikan mereka secuitpun.

Semoga, hari yang mulia ini tidak membawa kita terus hanyut sehingga lupa pada mereka yang kurang upaya atau tidak mampu untuk menyambut bermewah-mewah seperti sang kaya yang tidak tahu untuk apa lagi duit itu di gunakan jika tidak di belanjakan untuk kesenangan keluarga di bulan yang bahagia itu? Maklumlah, setahun sekali menyambut. Sekali sambut, pasti tidak mahu tertinggal dari bermacam jenis fesyen, dari rumah sehinggalah baju masing-masing. Yang miskin akan terus terabai. Yang dulu memakai baju kuning berbunga hitam, tahun ini juga memakai baju usang yang sama. Tidak ada fesyen, tidak ada baru, dan tidak ada apa yang menarik. Namun, sambutan juga di utamakan sebagai sunat dan hadiah untuk seluruh umat Islam di dunia ini.

 

Sama-samalah kita beringat dan menjaga sikap ala-kadar apabila bersambut. Tidaklah berlebih-lebihan sehingga mencipta aura-aura pembaziran juga sikap-sikap kedengkian kerana hal-hal material yang kurang sihat. Bersuka-rialah seperti yang di ajarkan, bukan hanya memekik melolong tetapi tidak tahu pengertian Aidilfitri itu sendiri. Moga sama-sama kita muhasabah diri kita. Kita di hidupkan semula selepas di bersihkan dari dosa selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Bersyukurlah, dan berusalah.

Salam Aidilfitri dari aku dan keluarga tercinta di bumi UK ini. Salam perantau =)

panduan baru

August 28th, 2006 by mexme

Kak N, comel.. hehe! dia pakai jubah.. tudung labuh.. tapi bukan bulat.. tp nampak simple pemakaian dia.. auchh.. i love it.. gaya baru.. simple dan menepati syarak..

Kak N, pregnant.. kurus sebab tu x nampak.. dia pakai jubah.. sbb tu tak nampak.. dia pakai tudung labuh.. sbb tu tak nampak.. nampak biasa sebab di cover oleh pemakaian yang Islam gariskan.. auchh.. i love it.. gaya baru untuk mereka yang mengandung.. simple dan menepati syarak..

Kak N, muda lagi.. tua setahun dari abg long.. patutlah sempoi.. patutlah main cakap je (haha!).. tapi best.. sangat best.. ohh ini ke kak N yang selama ni cuma dengar dari mulut mak? sempoi dan menepati syarak.. i love it.. auchh..

kausar.. berjihadlah melawan nafsu.. insyaallah.. Ameen.

Santun Di Dalam

August 28th, 2006 by mexme

Dalam diam
ku nantikan debaran
bersua wajah lama
yang tersembam rindu.

Dalam kelu
ku membilang masa
menyentuh salam teman
yang bermimpi semalaman.

Dalam bisu
ku mencoret bahasa
terbenam dalam kalbu
mirip sayang dahulu.

Dan saat ini
ku kira-kira waktu
agar suara rindu
tersenyum.

Kay
28 Ogos 2006 
Loughborough, UK

Khabar Cinta Untukmu

August 20th, 2006 by mexme

Ya Rab tempat perlindungan
dari wajah-wajah dusta,
menyarung kurungan indah
tampak baik pada rupa.

Sedang Dia akan berdiri
menyahut panggilanku, dan kita
di suatu dunia baqa’
kan temui yang mencipta manusia
yang pinta menunduk akur
pada kalam-kalamNya.

Sehingga suara-suara rasul-Mu
menyeru; selamatkanlah, selamatkanlah,
umatnya yang beriman
dari lilitan duri-duri sakdan
yang menghidu bau-bau amalan
insan yang beriman,
tika jambatan di lintasi
mengejar syurga yang tertinggi.

Tatkala rahmatNya mengunjung tiba
dan Tuhanku mengadili hambaNya
yang telah mansuh dosa-dosa lumpuh.
Di arahkan si Malaikat
menarik selamat pada si hamba
yang tiada syirik bersarang di hati;
tandanya pada sujud mereka,
lantas tubuh yang hanyir
di sirami airan kehidupan
agar mereka segar dan sihat
bagaikan bijian dan tumbuhan.

Sehingga pada hamba yang akhir
wajahnya menghadap neraka
bicaranya; Tuhanku,
palingkan wajahku dari ia
sungguh ia membakar mulitku
dan terusan memohon.

Sehingga Dia berpinta;
jika Aku perkenankan
kau tiada segan meminta
dan terus meminta
untuk sekian kalinya.
Janjinya tiada permintaan,
lantas wajahnya di palingkan
dari bahang keganasan neraka.

Sehingga dia tergamam
pada haruman dan angin syurga
menyapa wajahnya;
majukan aku ya Tuhanku
menyentuh pintu itu.

Dan pintaNya lagi;
kau sudah berjanji tiada lagi pohonan
celaka kau wahai anak-cucu Adam
sungguh kalian tiada pernah tepati,
janji-janji.
Seraya permintaan terusan
melafaz di pohonkan
pada Tuhan Rabbul Izzati.

Sehingga Dia berpinta;
jika Aku perkenankan
kau tiada segan meminta
dan terus meminta
untuk sekian kalinya.
Janjinya tiada permintaan,
lantas dirinya di situ
pada gerbang indah nian
yang cantik.

Sehingga dia terpegun
pada kemewahan berganda
meruntun dirinya untuk itu
menyentuh nikmat-nikmat syurga;
masukkan aku ya Tuhanku
merasai kehidupan di dalamnya.

Dan pintaNya lagi;
kau sudah berjanji tiada lagi pohonan
celaka kau wahai anak-cucu Adam
sungguh kalian tiada pernah tepati,
janji-janji.
Seraya dia memohon
tidak ingin menjadi mangsa;
insan paling malang,
dan dia terus merayu.

Dan Tuhanku
tertawa pada pujukan
hambaNya
yang dahulunya angkuh
mencongak duit-duit
menolak taushiah
dan berjalan mendabik dada.

Masuklah kau ke syurga;
bicara Allah; usai,
di tunaikan minta-minta
untuk kepuasan nafsu
si hamba yang puas
menggapai redha dan kasih
dari yang Maha Penyayang,
Adil dan Saksama.

Sumber: Hadith Bukhari

Kay
20 Ogos 2006
Loughborough UK

messed up

June 6th, 2006 by mexme

I live my passionate behind me.
It such a bad time bad day.
Everything messed up, TODAY!
I was crying the whole night.
Oh thanks for giving me a hard time.
I just notice, no one seem bother.
Everthing come at once.
And i can’t even cope any.
So shame on me, so weak.
Now i know something,
love is just a game eyh?
It can be sell to anyone,
also can use to buy from anyone,
so cheap of it.
Nevermind, the main thing is
I am busted.

lost

March 26th, 2006 by mexme

Huwaa.. salam diary.. ngantuksnye.. dan busannye.. dan takde mende nak buat.. dan esok sekolah.. dan rasa kemalasannye.. dan rasa macam2.. rasa kenyang.. penuh dah storage ni sbb makan banyak sangat.. mekaseh AR ngun KW sbb bg makan pizza ngun ayam panggang kepunyaan kedai hape ntah.. huhuhu~ cian AR dahler demam.. tp apakan daya.. sanggup juga di layan kerenah kami yang entah hape2.. kerenah DAKU sendiri yang berebut TV ngun adek.. ngeee.. tkpela kan………….

Huhu~  LOST

Tadi dpt emel.. huhu~ seseorg mengatakan jgn post puisi yang di hantar utk antalogi.. huwa2.. tp daku telah pu mneghantarnya di dalam blog official ku dan juga dalam nie jugak.. oleh sbb itu terpaksalah delete karyaku bertajuk 4 musim tu.. katanya lagi barangkali editor tak berapa suka kalau karya di siarkan terlebeyh dahulu sebelum buku di keluarkan.. akakaka~~ begitulah kisahnya.. tp sajak dalam blogku mcm mana yee? mungkin akan ku delete bila daku free kuts.. atau x delete langsung.. tkpelaaa.. sape jer yg masuk blog kuss.. so mcm tarak kesa sangat kot.. ngeee..

hepi jugak pasal dapat 2 bintang utk 3 sajak tu.. tp mcm 2 bintang x ckp GOOD coz i need 3 bintang maa utk dapat yg TERbagus sekali.. sad jugaklahh.. ketiga2 karyaku satu pon x dpt 3 bintang.. sadis.. nampak gayanya aku kena perkuatkan lagi kosa kata dan gaya bahasa dalam sajak turh.. termasuklah segala2nya.. hurmm.. barangkali aku biasa buat sajak yg pendek dan ringkas x mcm org lain.. suka sajak tariq 1 dan 2 milik bro fahd.. tp tak pandai jugak nak buat mcm tu.. solute kat dia..

ngeee… kena tulis lagih.. tp xderk masa maa.. never mind laaa.. tengah cari idea utk menulis kot.. bagilah idea nak tulis pasal ape.. arrrrrghhh.. no idea..

strength please..